Menutup Aurat


Menutup Aurat


Apa dia Aurat?

Aurat diambil dari perkataan 'Aara' yang beerti menutup hal ini beerti bahawa aurat itu harus ditutup hingga tidak dapat dilihat dan dipandang. Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan beragama Islam seperti yang telah diperintahkan oleh Allah di dalam kitab suci Al Quran:-

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur Ayat 31 

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Dan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab Ayat 59

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Batas aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut dan batas aurat bagi perempuan pula adalah menutup keseluruh badan kecuali muka dan tangan. 

Antara Kebaikkan Menutup Aurat :-

1. Melahirkan masyarkat yang berakhlak mulia

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini mestilah mempunyai sikap yang baik. Salah satu adalah dengan menutup aurat iaitu memakai pakaian yang bersih dan sopan agar dihormati sesama insan.

2. Memelihara kehormatan dan maruah diri.

Setiap umat Islam sama ada lelaki atau perempuan haruslah memelihara kesopanan diri agar dipandang mulia setiap insan. Tambahan lagi, ia melambangkan keperibadian muslim sejati.

3. Menghindari Fitnah

Menutup aurat dapat menghindarkan daripada fitnah manusia dan tejerumus kearah perbuatan yang tidak baik serta berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

4. Mendapat Pahala

Setiap muslim yang menutup aurat akan mendapat ganjaran pahala kerana telah melaksanakan salah satu perintah Allah. Pahala tersebut akan dikira di akhirat nanti untuk melihat kita layak untuk masuk syurga.


Antara Keburukan Tidak Menutup Aurat :-

1. Mudah dilabel dengan imej yang tidak baik.

Pada umumnya, masyarakat mudah membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat atau ditonjolkan. Oleh itu, mendedahkan aurat atau berpakaian tidak sopan memudahkan untuk masyarakat mengibaratkan imej yang tidak baik adalah sama dengan keperibadian seseorang itu.

 2. Mendorong kepada perkara-perkara yang tidak diingini.

Lumrah bagi setiap manusia samaada yang beragama Islam atau Bukan Islam sentiasa ingin hidup aman damai dan tiada gangguan. Justeru itu, jika seseorang itu mendedahkan aurat atau berpakaian tidak sopan tanpa disedari akan membuka ruang kepada gangguan yang tidak bermoral.

3. Mencemarkan maruah diri

Maruah adalah penting bagi setiap individu bagi meneruskan kehidupan. Mendedahkan aurat terutama bagi kaum perempuan adalah sama seperti tidak ada perasaan malu yang mana hakikat sebenarnya telah mencemarkan maruah mereka sendiri.

4. Dosa besar

Menutup aurat merupakan satu tuntutan wajib dilakukan dalam agama Islam. Justeru itu, adalah satu dosa besar jika setiap umat islam mengingkarinya yang boleh membawa kepada azab neraka di akhirat kelak.


Cara-cara menutup aurat didalam Ugama Islam:-

Bagi Lelaki :-



Bagi Perempuan :-





Punca Tidak Menutup Aurat:-


1. Iman seseorang sangat lemah.

Setiap manusia yang berugama Islam mempunyai iman di dalam hatinya. Iman itu akan menjadi kuat jikalau seseorang itu membuat perintah allah tetapi pada zaman ini, beberapa umat islam yang mempunyai iman yang lemah sehingga melupakan bahawa aurat itu wajib,

2. Teperdaya dengan negeri barat.

Pada zaman sekarang, negeri barat mempunyai fesyen-fesyen yang dapat menarik perhatian umat islam sehingga mereka menggunakannya. Beberapa banyak umat islam tidak mahu menutup aurat kerana telah teperdaya dengan fesyen-fesyen init. Ini telah menunjukkan bahawa negeri barat berjaya megambil perhatian umat islam sehingga mereka mengikutkan fesyen itu daripada mengikutkan fesyen-fesyen Islam seperti Jubah.

3. Terpengaruh dengan kawan.

Pada zaman ini, kebanyakkan umat islam selalu meluang masa dengan kawan-kawan tanpa melakukan sembahyang lima waktu dan kebanyakkannya mereka selalu meluang masa dengan berjalan ke tempat orang ramai dengan tidak menutup aurat kerana mengikut kawan-kawan yang suka berfesyen. Ini membuat ramai umat islam terpengaruh dengan perbuatan kawan-kawan sehingga boleh melupakan kewajibpan umat islam.

Cara-cara mengatasi tidak menutup aurat :-

1, Kuatkan iman

Setiap umat islam haruslah meguatkan iman dengan melakukan Solat, membaca Al Quran dan bermacam-macam lagi untuk dapat melawan hasutan syaitan yang mahu semua umat Islam melanggar perintah allah iaitu tidak menutup aurat. Jika umat islam selalu melakukan ajaran Allah, mereka boleh dapat melawan hasutan syaitan dan selalu ingat tentang kewajibpan umat Islam.

2. Mengenalkan fesyen-fesyen umat Islam

Setiap umat Islam haruslah mengenalkan fesyen-fesyen yang menutup auratiaitu Jubah , kurta dan macam-macam lagi, Ini membuatkan semua umat islam dapat mengabaikan tentang fesyen-fesyen negeri barat yang tidak menutup aurat mahupun tidak sopan.

3. Menasihati Kawan-kawan

Setiap manusia yang berugama Islam haruslah menasihati kawan-kawan yang tidak menutup aurat ketika berjalan. Ini dapat membuatkan mereka sedar bahawa mereka telah melanggar perintah allah dan mendapat dosa. 

Hadith tentang menutup aurat :-



2. Panah yang dimaksud adalah pandangan liar yang tidak menghargai kehormatan diri sendiri dan orang lain. Zina mata adalah pandangan haram. Al-Quran memerintahkan agar menjaga pandangan ini agar tidak merusak keimanan karena mata adalah jendela hat. Jika matanya banyak melihat maksiat yang dilarang, hasilnya akan langsung masuk ke hat dan merusak hati. Dalam hal ketidaksengajaan memandang sesuatu yang haram, Rasulullah saw. bersabda kepada Ali ra., “Wahai Ali, janganlah engkau mengikut pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), karena bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua)” 

(H.R. Abu Dawud dan At-Tirmidzi, di-hasan-kan oleh Syaikh al-Albani).


Artinya: Dari Umu ‘Atiyah, ia berkata, “Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk keluar pada Hari Fitri dan Adha, baik gadis yang menginjak akil balig, wanita-wanita yang sedang haid, maupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan salat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslim. Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah saw., salah seorang di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab?’ Rasulullah saw. menjawab, ‘Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya.’” (H.R. Muslim).























Comments

Popular posts from this blog

Safe Your Privacy Profile